Idea Hari Alur Ilmu tercetus selepas Dialog Meja Bulat yang diadakan pada 22 Mei 2014 yang lalu dan tercertusnya jawatankuasa kecil untuk menguruskan masalah Alur Ilmu ini iaitu
1. Pengurusan Sisa dan Kafeteria Sepanjang Alur Ilmu, UKM
2. Pengurusan Sedimentasi dan Kualiti Air Alur Ilmu, UKM
3. Pembentukan Sistem Biofiltration dan Biomonitoring Alur Ilmu, UKM
4. Pengurusan Penyertaan dan Pemilikan Alur Ilmu, UKM
Sesungguhnya bagi sekumpulan pelajar cuba untuk menjadikan/membersihkan Alur Ilmu agar menjadi seperti dahulu adalah sesuatu perkara di luar bidang mereka. Oleh itu, melalui info yang diberikan dan kesedaran dalam diri setiap pelajar dengan tidak membuang sisa makanan, sampah atau apa sahaja ke dalam Alur Ilmu sudah cukup untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan Alur Ilmu.
Alur Ilmu berhak disayangi oleh semua warga UKM
MARI LAKUKAN PERUBAHAN
No comments:
Post a Comment