Wednesday, 20 July 2016

[CORETAN MAHASISWA]

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca,
Terima kasih sudi untuk singgah dan luangkan masa untuk mengenali apa itu Alur Ilmu.
Yes! Sebagai warga dan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia yang tercinta ini, memang sepatutnya dan seharusnya kalian semua untuk lebih mengenali apa itu ALUR ILMU UKM. Khusus buat adik adik yang bakal menjejakkan kaki ke UKM pada semester akan datang ini.

Laa ni, beri saya ruang untuk bercerita sikit pengalaman saya sepanjang dua semester di Kolej Ibu Zain yang dikatakan sebagai pencetus idea bagi Alur Imu : The Heart of UKM (saya bangga duduk di Kolej Ibu Zain, Kolej Lestari). Pada semester satu, akan ada satu sesi pembukaan tender kelab dan program. Pada mulanya, kami akan diperdengarkan pitching daripada senior-senior akan kelebihan-kelebihan program yang bakal disertai. Terlalu banyak program yang sangat menarik dan memberi impak besar kesannya pada Kolej dan Universiti sendiri (Kolej Ibu Zain salah satu kolej yang HANYA akan menjalankan program yang berimpak besar). Tiba pitching berkaitan Alur Ilmu dan Kelab Ekorelawan oleh mantan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) iaitu Saudari Noor Najihah Binti Hakimi dan selesainya kesemua pitching program dan kelab, maka kesemua daripada kami pun berpusu dan berebut untuk mendaftarkan nama pada program yang kami inginkan (kene berebut sebab semua program menarik dan terhad)


Promosi Kelab Ekorelawan melalui media sosial sebelum malam pitching dan pembukaan tender. Dengarkan dengan teliti yea apa pengisian program dan paling penting impak yang diberikan secara keseluruhan. Jangan ikut kawan yea J

p/s: Kelab Ekorelawan ni kebanyakannya akan bawa student keluar daripada UKM. Tak percaya? Tunggu update entri akan datang kemana kelab Ekorelawan KIZ bawa pelajar keluar. Seronok, okayyyy !


Yang ni pula, logo Alur Ilmu dan yes! secara jujurnya saya katakan saya sangat bangga melihat perubahan yang terjadi pada Sungai Alur Ilmu walaupun tidak banyak perubahannya tapi saya bangga kerana kesedaran dapat dipupuk dalam diri mahasiswa/i UKM



Okay, mula dengar saya cerita ..

Pada mulanya bila dah tahu apa itu Alur Ilmu, terdetik dalam hati 

“untuk apalaa pihak KIZ bersungguh nak memperjuangkan sungai yang kotor ni”
“apalaaa yang dorang dapat nak perjuangkan sungai kotor ni ” , 

heyyy u all! Watch out! Ini bukan sekadar sungai okay tapi Sungai Alur Ilmu ni ada lambangnya. Lambang keperibadian mahasiswa dan mahasiswa, walaupun tercemar pada awalnya tapi sekurangnya ada perubahan yang berlaku pada sungai tersebut. Tak percaya ? Nanti saya payung gambar. 


Ni sebenarnya rupa air di dalam Sungai Alur Ilmu ketika dibawah pemerhatian pencetusnya, Saudara Adiduddin. So ? Pandangan korang semua ?
eeeeuww, kotor? Eeeuww jijiknya?
Teruskan baca okay, nak tunjuk yang dah dibaikpulih sikit


Tadaaaa !!!!
Fokus dekat Air Sungai Alur Ilmu okay bukan dekat akak yang pegang jaring tu.
Nampak tak??? Nampak apa? Haaa , air dia ada beza takk?? Apa perasaan bila tengok air yang kotor pada awalnya jadi AGAK jernih HASIL daripada TENAGA kita menjaga? Tak ke rasa seronok tengok !!
J Ayuhhh semua, selamatkan Sungai kita dibawah nama UKM

Okay sambung,

Saya ni bukanlah seorang yang cintakan alam sekitar sebenarnyaa. Apa lagi nak selamatkan pokok nak mati, nak tanam segala benih pokok, nak masuk dalam selut, and yess! Tak minat langsung dan tak kesah langsung pun manusia manusia yang buang sampah merata-rata tempat ni since monyet kan memang banyak ada dekat UKM ni. “ Lantak pi depa lahhh ! bukan urusan, ceq nak buang merata rata ke apa ke ” tapi tulahhh , urusan Tuhan mana kita tahukan, masuk dan berkecimpung dalam Kelab Ekorelawan dan join Program Alur Ilmu ni perasaan tak suka dengan alam sekitar terus jadi suka walaupun secara jujurnya hanya terpaksa masuk kelab dan Program Alur Ilmu ini.

“Saya suka jadi sukarelawan selamatkan alam sekitar ! Bangga ooooooo dapat lestarikan alam bukan semua orang boleh melestarikan alam”

Banyak lagi yang nak dikongsikan sepanjang dua semester saya berkecimpung dalam proses segala benda yang berkaitan dengan pembangunan kelestarian. Untuk entri kali ni, hanya mampu beri pesan pada bakal junior semua

 “KELESTARIAN ALAM TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK DIJAGA”

No comments:

Post a Comment