Friday, 29 July 2016

Punca Pencemaran Alur Ilmu

Ayuh sama-sama kita kenal pasti 8 punca pencemaran Alur Ilmu. Barulah benar menjadi warga UKM yang mencintai Universiti sendiri. Mari lakukan perubahan!


PUNCA 1. SISA RUNTUHAN DI FST
Sisa runtuhan daripada Fakulti Sains Teknologi (FST) memasuki Tasik Ghazali dan menyebabkan kelodak/lumpur.



PUNCA 2. PENCEMARAN TASIK GHAZALI
Berpunca dari Sungai Anak Bangi. Dikhuatiri terdapat kawasan pelupusan tanah tetapi tidak boleh di akses disebabkan kawasan berlumpur.


PUNCA 3. MINYAK MASAKAN DARIPADA KAFETERIA
Didapati terdapat sisa minyak masakan disekitar kafeteria berdekatan FST.


PUNCA 4. SISTEM PENGURUSAN SISA PEPEJAL DI UKM
Didapati ada sampah masuk ke dalam Alur Ilmu



PUNCA 5. AIR LONGKANG MASUK KE ALUR ILMU
Didapati sebahagian air longkang daripada bangunan masuk ke Alur Ilmu berkemungkinan menyumbang pencemaran



PUNCA 6. PERANGKAP SEDIMEN TIDAK BERFUNGSI
Menyebabkan sedimen tidak dapat diperangkap



PUNCA 7. PEMENDAPAN TANAH/SEDIMENTASI
Pemendapan tanah menyebabkan air cetek
Lokasi: Bangunan Pusanika.



PUNCA 8. AIR LARIAN PERMUKAAN
Tanah terdedah sepanjang laluan Alur Ilmu (Exposed bare soil) dan perpotensi untuk hakisan tanah




sumber:
Facebook Sungai Alur Ilmu UKM

No comments:

Post a Comment