Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca,
Terima kasih sudi untuk singgah dan luangkan masa untuk mengenali apa itu Alur
Ilmu.
Yes! Sebagai warga dan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia yang tercinta
ini, memang sepatutnya dan seharusnya kalian semua untuk lebih mengenali apa
itu ALUR ILMU UKM. Khusus buat adik adik yang bakal menjejakkan kaki ke UKM
pada semester akan datang ini.
Laa ni, beri saya ruang untuk bercerita sikit
pengalaman saya sepanjang dua semester di Kolej Ibu Zain yang dikatakan sebagai
pencetus idea bagi Alur Imu : The Heart of UKM (saya bangga duduk di Kolej Ibu
Zain, Kolej Lestari). Pada semester satu, akan ada satu sesi pembukaan tender
kelab dan program. Pada mulanya, kami akan diperdengarkan pitching daripada
senior-senior akan kelebihan-kelebihan program yang bakal disertai. Terlalu
banyak program yang sangat menarik dan memberi impak besar kesannya pada Kolej
dan Universiti sendiri (Kolej Ibu Zain salah satu kolej yang HANYA akan menjalankan
program yang berimpak besar). Tiba pitching berkaitan Alur Ilmu dan Kelab
Ekorelawan oleh mantan Majlis Eksekutif Pelajar (MEP) iaitu Saudari Noor
Najihah Binti Hakimi dan selesainya kesemua pitching program dan kelab, maka
kesemua daripada kami pun berpusu dan berebut untuk mendaftarkan nama pada
program yang kami inginkan (kene berebut sebab semua program menarik dan
terhad)
Promosi Kelab
Ekorelawan melalui media sosial sebelum malam pitching dan pembukaan tender.
Dengarkan dengan teliti yea apa pengisian program dan paling penting impak yang
diberikan secara keseluruhan. Jangan ikut kawan yea J
p/s: Kelab Ekorelawan ni kebanyakannya akan bawa student keluar daripada UKM.
Tak percaya? Tunggu update entri akan datang kemana kelab Ekorelawan KIZ bawa
pelajar keluar. Seronok, okayyyy !
Yang ni pula, logo
Alur Ilmu dan yes! secara jujurnya saya katakan saya sangat bangga melihat
perubahan yang terjadi pada Sungai Alur Ilmu walaupun tidak banyak perubahannya
tapi saya bangga kerana kesedaran dapat dipupuk dalam diri mahasiswa/i UKM
Okay, mula dengar saya cerita ..
Pada mulanya bila dah tahu apa itu Alur Ilmu, terdetik dalam hati
“untuk apalaa pihak
KIZ bersungguh nak memperjuangkan sungai yang kotor ni”
“apalaaa yang dorang
dapat nak perjuangkan sungai kotor ni ” ,
heyyy u all! Watch out! Ini bukan
sekadar sungai okay tapi Sungai Alur Ilmu ni ada lambangnya. Lambang
keperibadian mahasiswa dan mahasiswa, walaupun tercemar pada awalnya tapi
sekurangnya ada perubahan yang berlaku pada sungai tersebut. Tak percaya ?
Nanti saya payung gambar.
Ni sebenarnya rupa air
di dalam Sungai Alur Ilmu ketika dibawah pemerhatian pencetusnya, Saudara
Adiduddin. So ? Pandangan korang semua ?
eeeeuww, kotor? Eeeuww jijiknya?
Teruskan baca okay, nak tunjuk yang dah dibaikpulih sikit
Tadaaaa !!!!
Fokus dekat Air Sungai Alur Ilmu okay bukan dekat akak yang pegang jaring tu.
Nampak tak??? Nampak apa? Haaa , air dia ada beza takk?? Apa perasaan bila
tengok air yang kotor pada awalnya jadi AGAK jernih HASIL daripada TENAGA kita
menjaga? Tak ke rasa seronok tengok !! J Ayuhhh semua, selamatkan Sungai kita
dibawah nama UKM
Okay
sambung,
Saya ni
bukanlah seorang yang cintakan alam sekitar sebenarnyaa. Apa lagi nak
selamatkan pokok nak mati, nak tanam segala benih pokok, nak masuk dalam selut,
and yess! Tak minat langsung dan tak kesah langsung pun manusia manusia yang
buang sampah merata-rata tempat ni since monyet kan memang banyak ada dekat UKM
ni. “ Lantak pi depa lahhh ! bukan urusan, ceq nak buang
merata rata ke apa ke ” tapi
tulahhh , urusan Tuhan mana kita tahukan, masuk dan berkecimpung dalam Kelab
Ekorelawan dan join Program Alur Ilmu ni perasaan tak suka dengan alam sekitar
terus jadi suka walaupun secara jujurnya hanya terpaksa masuk kelab dan Program
Alur Ilmu ini.
“Saya
suka jadi sukarelawan selamatkan alam sekitar ! Bangga ooooooo dapat lestarikan
alam bukan semua orang boleh melestarikan alam”
Banyak lagi
yang nak dikongsikan sepanjang dua semester saya berkecimpung dalam proses
segala benda yang berkaitan dengan pembangunan kelestarian. Untuk entri kali
ni, hanya mampu beri pesan pada bakal junior semua
“KELESTARIAN ALAM TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK DIJAGA”